Monday, 8 October 2012

"Tapai" Minuman tradisi

Minuman "Tapai" merupakan minuman tradisi nenek moyang di bumi Sabah sejak dahulu lagi. Malah sehingga kini amalan tradisi ini masih kuat terutamanya di daerah Tambunan dan Keningau. Terdapat juga di daerah-daerah yang lain. Bagi mereka yang tidak pernah merasa "tapai" sudah pasti berasa was-was untuk mencuba. NAMUN...hehe bagi yang sudah merasa..naaah..apa ko rasa..oren..?..hehe inda bh. Rasa tapai ini sebenarnya banyak jenis..naaaaa nina formula rasa tapai yang saya tahu..;
a) PAHIT
b) MANIS
c) ASAM
d) PAHIT + MANIS
e) PAHIT + ASAM
f) ASAM + MANIS

Berikut merupakan formula rasa tapai..ahahaha..untuk pengetahuan pembaca, rasa yang paling diminati dan mendapat sambutan ramai ialah formula rasa (d)..hahaha..PAHITMANIS!!!..MesBest nama manja dia..
Untuk menghasilkan tapai yang MesBest..bah..perlu ada "skill" dan tatatertib yang perlu dipatuhi..
langkah2 ;-
  i. Sediakan beras tapai dan masak beras tersebut dengan nisbah air 3beras : 1air..Pastikan nasi yang masak tidak terlalu kembang..jika kembang..emmmm kurang pasti..tidak pernah test..hehe..sesudah itu..keluarkan nasi yang telah masak dan letak nasi di satu tempat seperti plastik yang panjang dan lebar..baru banyak muatan bh kan..hehe..letak nasi//ratakan...

 ii. sediakan "Laru" (Ragi). "Laru" biasanya akan dibuat sendiri atau dibeli di pasar tamu. Jemur "laru" sekurang-kurangnya 1hari..tapi mama saya biasa jemur 2-3 hari..barulah berkesan dia bilang..hehe kau fikir..Mama saya adalah antara yang pro kalau buat tapai ini..huhu maklumlah, otai maaa..wajib tahu buat semua ini. OK next step, tumbuk "laru" sehingga hancur berkecai sampai menjadi serbuk.

 iii. Nasi yang sudah sejuk akan ditaburkan dengan "laru" yang sudah menjadi serbuk. Oh ya..hampir terlupa. Untuk sukatan "laru" pula 2 biji untuk satu gantang beras yang dimasak. Taburkan serbuk "laru" dengan rata. Gaul hingga sebati..Biarkan sebatian sepanjang hari siang dan dibungkus atau ditutup bila malam tiba. Pada keesokkan harinya, sebatian nasi dan tapai bolehlah dimasukkan ke dalam tajau..apa sahaja saiz tajau..pilih sahaja..yang kecil, besar, Simbebeg, "33", dan banyak lagi.

iv. Pastikan kuantiti yang dimasukkan sampai ke paras mulut tajau atau lebih. Ini kerana sebatian tersebut akan susut. Tutup tajau dengan plastik or kertas dengan ketat supaya tidak dimasuki angin.

Tunggu 2-3 bulan, atau lebih..tapai sudah boleh diminum..SO, untuk minum tapai pun mesti ada style dia..kalau pasal style, biasanya akan berbeza mengikut tempat. Kalau di tempat kami, ini dia caranya ;-
 - cari 3 daun tarap ( saiz A4 ) hehe lebih kurang macam tu besar dia ah...
 - Buka tutup tajau, "sonson" tapai tersebut menggunakan daun tarap. (sonson itu menyerupai cara membungkus nasi lemak..bezanya ialah sonson tapai hanya bahagian atas sahaja..tujuannya ialah apabila air dimasukkan, nasi tapai tersebut tidak akan terapung keluar)
- masukkan air hingga hampir penuh dan tunggu 10 minit atau lebih..lagi lama lagi mantap..jangan sampai 1 hari pula..memang boleh tapi bila lagi mau "memuun"..hehe.."memuun" bermaksud orang yang pertama kali meminum tapai tersebut.
- cari "tusuk" atau straw (kena ubahsuai sedikit)..bahagian hujung bawah sekali akan ditutup. buat 2-3 lubang  pada bahagian bawah straw..Saiz lubang mestilah tidak terlalu besar sehingga nasi tapai boleh melaluinya. Takut nanti bukan pula air yang diminum tetapi nasi..hehe

naah tengok contoh sebenar ;-



Hehe terima kasih atas kesudian membaca. Maklumat ini adalah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan soal selidik secara lisan dan tidak formal. Segala maklumat yang dirasakan mencurigakan jangan diambil. TETAPI..secara jujur, saya sendiri sudah melaluinya dan mencubanya..well, here i am! 

SELAMAT MENCUBA..=)